Lilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 9

Makanan Yang Dilarang Untuk Pengantin Perempuan

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telahmenceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsahdan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishakbin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripadaAl-Khudri yang berkata :

"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia)membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allahs.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yangsentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.
Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini padaminggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?" Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."
Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .
" Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid didalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."
"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKUTELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
4 all bakal pengantin, take note ya!!

No comments: